Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan adalah unit yang diberi tanggungjawab untuk memperluaskan kemudahan yang ada di politeknik kepada industri dan masyarakat setempat dengan tanpa menjejaskan masa dan mutu kerja. Sehubungan dengan itu, penswastaan sektor masa atau ”Time Sector Privatisation” diujudkan.
Dalam mencapai arus persaingan ilmu yang tinggi, maka Kursus Secara Sambilan diadakan demi membantu bekas-bekas pelajar politeknik yang bekerja untuk memperolehi diploma secara sambilan dengan mengikuti kuliah pada setiap hujung minggu dengan kadar yuran yang berpatutan. KSS di Politeknik Kota Bharu telah bermula pada sesi Julai 2000. Sehingga kini 6 kursus ditawarkan iaitu, Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Ukur Bahan (DUB), Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE), Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) (DPM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)(DAD) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) (DPT).
Di samping kadar yuran yang rendah, pelajar KSS akan memperolehi Diploma setaraf pelajar sepenuh masa yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi atau tujuan untuk kenaikan pangkat.
STRUKTUR KURSUS
Kursus dijalankan dalam empat (4) semester mengikut modul yang telah ditetapkan berselaraskan dengan sistem diploma politeknik sepenuh masa. Kelulusan setiap modul berdasarkan kepada tahap kelulusan minima 2.00 dan pelajar dianggap berjaya menamatkan pengajian setelah berjaya lulus semua modul dan mencapai Jumlah Jam Kredit yang ditetapkan dengan mendapat HPNM lebih atau sama dengan 2.00.
KEMUDAHAN
Pelajar Kursus Secara Sambilan berhak menggunakan segala kemudahan asas Politeknik Kota Bharu seperti mana pelajar sepenuh masa. Antara kemudahan yang disediakan adalah, perpustakaan, penggunaan bilik komputer, padang permainan, bilik-bilik kuliah untuk tujuan perbincangan dan lain-lain kemudahan yang ada